Sabtu, 11 Julai 2020

LELAKI dulu dan kini

dulu..
bila disebut lelaki,,
wanita mendongaknya megah,,
lelaki kami Asadullah,, Saifullah,,
TOKOH RAMAI TAK TERKIRA...

kini..
bila disebut lelaki,,
wanita menunduknya lemah,,
tokoh kami sedikit sekali,,
RAMAINYA BONEKA YAHUDI...

dulu..
bila disebut lelaki,,
wanita tenang hati,,
LELAKI KAMI MENJAGA,, MELINDUNGI...

kini..
bila disebut lelaki,,
wanita mahu cabut lari,,
LELAKI PENGKHIANAT,, PEROGOL BERSIRI...

dulu..
bila seorang wanita teraniaya,,
sepasukan kuda putih membela,,
AL-MU'TASIM KEBANGGAAN WANITA...

kini..
ribuan wanita suci dipenjara,,
Fatimah diperkosa minta dibela,,
LELAKI TUNDUK TAK BERTENAGA...

dulu..
bila wanita dibawah jagaannya,,
lelaki memagari sehabis daya,,
TIADA SIAPA BERANI MENGGODA...

kini..
bila wanita dibawah jagaannya,,
lelaki tak kisah aurat terbuka,,
WANITANYA DIBIAR BEBAS,, BINASA...

dulu..
lelaki menggadai harta dan nyawa,,
UNTUK MENGANGKAT KEMULIAAN AGAMA...

kini..
lelaki menggadai kemuliaan agama,,
DEMI NAFSU,, DUNIA SEISINYA...

dulu..
lelaki bermatian mencipta sejarah,,
KENTAL BERJIHAD TEKUN BERDAKWAH...

kini..
lelaki hanya menyanjungi sejarah,,
DIRI BERMALASAN,, TENAGA TAK DIKERAH...

dulu..
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,,
AL-FAROUQ,, ZUNURAIN MATI TERBUNUH...

kini..
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,,
HINGGA SANGGUP MEMBUNUH...

dulu..
lelaki bersatu menghadapi musuh,,
ANGKATANNYA KUAT DAN TEGUH...

kini..
lelaki berpuak dan berpecah,,
sesama sendiri sering bertelingkah,,
kembalikan lelakiku,,
pada kelakianmu,,
kami rindukan lelaki dulu,,
ACUAN MADRASAH RASUL...

(DIPETIK DARIPADA SYABAB MUSAFIR KASIH,, FATIMAH SYARHA MOHD. NOORDIN)

-24 DISEMBER 2011

Jumaat, 10 Julai 2020

Bibir Merayu Hati Bernafsu

           cinta itu bahagia,, nafsu pula bahaya...
      cinta mahu menyayangi,, nafsu dikuasai rasa berahi...
cinta adalah yang terbaik untuknya,, nafsu sentiasa sebaliknya...

"Dan, saya tidak membebaskan diri daripada kesalahan kerana nafsu sentiasa menyuruh kepada kejahatan,, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusuf, ayat 53)

-14 MEI 2012