Ahad, 26 Januari 2014

nasi daging

bahan serbuk nasi daging

  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam-ditumbuk kasar
  • 1 inci halia-dihiris nipis
semua bahan2 diatas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing. Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk. Simpan didalam bekas kedap udara.


bahan nasi


  • 1 kg daging batang pinang-potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan.
  • 6 cawan beras basmathi-direndam 15-20 minit dan toskan....kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  • 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah (dihiris @ ditumbuk halus)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu seperti resepi di atas.
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 7 1/2 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan tomato soup
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng, daun bawang @ daun sup untuk hiasan



cara

  • Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga. Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan. Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar. Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk. Masukkan tomato puree dan tomato soup. Masak lagi hingga mendidih. Kemudian masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar. Masukkan beras dan masak bersama2 daging tadi.

  • Gaul rata, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa hingga nasi masak @ pindahkan ke dalam rice cooker , kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi masak. Bila nasi betul2 masak, keluarkan daging, gemburkan dan hias nasi dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng. Sebelum dihidangkan hiris nipis2 daging tadi dan boleh dihidang...Selamat mencuba...

Jumaat, 24 Januari 2014

rendang kerang

bahan
  • 400g kerang ( tanpa kulit )
  • 5g asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit ( hiris halus )
  • 450ml santan
  • 15g kerisik
  • 5g @ 1 camt @ secukupnya garam


bahan kisar
  • 15g cabai kering
  • 50g @ 4 ulas bawang merah
  • 10g @ 1 ulas bawang putih
  • 10g halia
  • 1 btg serai
  • 5g kunyit hidup



pertama sekali, masukkan kerang,, bahan kisar,, asam,, santan ke dalam periuk,, dan biar mendidih…apabila cecair mula memekat,, masukkan kerisik dan garam,, biar hampir kering…kemudiaan, tabur daun kunyit,, gaul rata,, suai rasa dan boleh dihidangkan..

cukup la mencintai dia dalam diam

Kalau kita suka seseorang ,, jangan beritahu si dia ,, nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ,, tapi luahkan pada Allah ,, beritahu Allah ,, Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ,, Cintailah Dia Dalam Diam ,, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan ,,

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH ,,
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah ,, berdoalah & berpuasalah ,,
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji ... Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang ,, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak ,, ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang ,, namun kau tahu cintamu tak terbalas ,, Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu ,,

Cukup cintai dalam diam ,, bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya ,, bukan kerana menghindari dunia ,, tetapi meraih syurga-NYA ,,
bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup ,,

Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian ,, kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan ,, kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga ,,

Cukup cintai dengan kesederhanaan ,, memupuknya hanya akan menambah penderitaan ,, menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan ,,

Cintailah dengan keikhlasan kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu ,, padahal ia amat buruk bagimu ,, ALLAH mengetahui ,, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti ,, kelak ada insan yang bakal dilukai ,,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki ,, nanti hati yang kecewa sendiri ,,
Sebaliknya ,, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi ,, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi ,, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri...

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan ,, mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan ,,

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan ,, serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya ,, biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya ,,
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years .
then you can do it the halal way.

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)

" Mencintai seseorang itu adalah hak kita ,,
namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita ,,
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki ,,
Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu ,,
Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita..." ♥